Home

Tuesday, 18 June 2013

NutriFeron Shaklee : Penawar Kepada Kekurangan Sistem Imun Tubuh Anda

Tubuh manusia diciptakan sangat unik dan penuh misteri oleh Allah swt. Semua tahu bahawa tubuh kita ni terdiri daripada bahagian, sel-sel dan anggota-anggota yang mempunyai fungsi dan kelebihan sendiri. Bermula dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki. Semua ada fungsi tersendiri. Sangat menakjubkan ciptaan Allah swt.

Dengan fungsi dan kelebihan sedia ada, ia memiliki sistem pertahanannya yang tersendiri dan begitu lengkap. Bermula daripada luar badan hingga lah ke sel-sel mikro yang mengalir di dalam badan. Sistem pertahanan ini berfungsi untuk melindungi badan daripada anasir-anasir yang tidak sihat.

Jika kita lihat pada masa sekarang ini, perubahan cuaca dan pencemaran banyak telah menyumbang kepada kekurangan sistem pertahanan badan kita. Kita sendiri sering batuk, selsema dan demam. Belum dikira lagi dengan penyakit berjangkit yang merbahaya. 

Jika kita yang dewasa ini pon agak sukar melawan penyakit, apatah lagi anak kita yang masih kecil. Tubuh badan mereka masih membina sistem pertahanan atau sistem imun. Mereka mudah dijangkiti demam, selsema dan batuk. Tu belum lagi dengan penyakit merbahaya yang lain.

Untuk itu, Shaklee telah memperkenalkan satu suplemen yang dinamakan NutriFeron.


Apa itu NutriFeron?
Ia adalah satu suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun @ immune booster. Ia merupakan suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian yang saintifik yang ketat dari segi keselamatan, keberkesanan dan prestasi.


Fakta mengenai NutriFeron.

a) Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima pada tahun 1954. Ia merupakan 
    penemuan yang terhebat dalam bidang immunologi.

b) Dr. Kojima telah menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan 
    lebih daripada 200 herba lain.

Siapa yang memerlukan NutriFeron?
Boleh diambil oleh sesiapa sahaja dari kanak-kanak hingga orang dewasa yang menghadapi:
1) Masalah kerap atau sentiasa selsema, demam dan jatuh sakit melebihi seminggu.
2) Ibu menyusu yang mana anaknya kerap demam @ demam berpanjangan.
3) Sesiapa yang menghidap kanser. 
    a) Polisakarida yang terdapat dalam NutriFeron dapat  merangsang dan mengaktifkan 
       immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kaser.
    b) Polisakarida membantu mengurangkan ketidakselesaaan sewaktu kimoterapi.
4) Sesiapa yang ada alergi.
5) Sesiapa yang sering melancong ke luar negeri, yang kerap dikelilingi oleh orang ramai.
6) Penghidap penyakit Hepatitis B & C.
    - meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual dan muntah-muntah.
7) Hipertensi, kolesterol tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah berkaitan menopous.

Bagaimana ia bertindak?
Nutriferon bekerja dalam 2 cara:
a) mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dengan cepat
b) menggerakkan "pasukan cari dan musnah" dalam sistem imuniti badan

Pengalaman saya
Minggu lepas saya diserang selsema dan demam. Kebetulan ada training Shaklee. Saya berjaya menjawab quiz yang diberikan dan mendapat sepeket Nutriferon. Malam tu saya terus mencuba setelah mengetahui khasiatnya. Alhamdulillah dengan izin Allah swt, selsema saya tiada. Menakjubkan. Rasa seperti mengambil ubat di klinik.

Saya sangat syorkan ibu-ibu supaya menyimpan bekalan Nutriferon di rumah. Saya yang baru mencubanya telah mendapatkan bekalan Nutriferon ni sebab saya mudah diserang selsema dan demam. Terima kasih Shaklee. Alhamdulillah.






No comments:

Post a Comment