Home

Wednesday, 26 June 2013

Lecithin : Kepentingan, Kandungan dan Kegunaannya

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :
PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


Tips Diet untuk Perut Rata

Ramai yang mengidamkan perut yang rata....dalam kata lainnya PERUT TAK BUNCIT. oohhhh tidakkkk !!!

Hari ini saya sharekan tips nya. Let's check out !!!


1. Makan dengan sihat dan mengurangkan makanan ringan. Menggantikan gula-gula dan "jajan" @ "cikedis" dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda akan melihat perbezaannya.

2. Banyak makan protein tanpa lemak. Kacang dan daging tanpa lemak juga agak baik untuk anda selagi anda tidak makan lemak!

3. Makan bijirin penuh. Iaitu dengan mencari label yang mengatakan "100% whole wheat" atau "100% whole grain" dan bukan hanya "tepung gandum." Bijirin memastikan anda rasa "penuh" dan masih kenyang lagi, ia juga boleh membantu dengan penurunan berat badan dan mendapat perut yang rata.

4. Makan produk tenusu rendah lemak. Beralih daripada tenusu yang tinggi lemak kepada pilihan yang rendah lemak, yang kaya dengan protein dan vitamin B6.

5. Makan makanan dengan pengambilan yang lebih kecil sepanjang hari. Makan hanya cukup sehingga anda berasa kenyang.>> Tunggu sehingga anda berasa hampir lapar lagi sebelum makan. Memberi tumpuan kepada hanya makan makanan yang sihat, dan mengelakkan makan gula-gula ia hanya akan membuat anda berasa letih dan akan menyebabkan anda mengidamkannya lagi. Ia adalah sesuatu yang tidak sihat.>>Ambil sedikit masa di antara setiap masa menggigit makanan apabila makan. Ia akan membantu anda untuk menyedari apabila anda penuh. (Makan dengan perlahan, jangan gelojoh).

6. Makan makanan yang berindeks rendah glisemik. Makanan ini mengambil masa yang lama untuk mencerna, supaya anda berasa kenyang lebih lama. Badan anda perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya dapat mengelakkan kejatuhan mendadak gula dalam darah anda sehingga waktu makan berikutnya. Antara yang terbaik makanan rendah GI adalah:KubisLobakSaderiTimunZucchiniDaun salad gelapBawangPirTomatoBrokoliPisangEpalBeri

7. Jangan makan apa-apa selama kira-kira dua jam sebelum anda tidur. Badan anda lambat memproses apabila anda tidur makanya badan tidak boleh mencerna makanan dengan betul ketika tidur.

8. Minum Air. Anda perlu menggantikan semua minuman biasa anda dengan air, terutamanya soda dan minuman bergula. Air akan menjadikan anda lebih mudah untuk menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa sebagai alternatif jika perlu.>>Minum air limau dikatakan cara semulajadi bagi mempercepatkan metabolisme anda. Cuba memerah limau ke dalam segelas air sejuk menyegarkan, ia minuman yang sihat.>>Air kencing anda harus berwarna kuning atau warna yang jelas; kuning gelap dengan bau boleh menjadi tanda bahawa anda adalah dehidrat (kering).>>Sila ingat bahawa jika anda minum terlalu banyak air, perut anda akan berkembang menyebabkan ia menjadi lebih besar dan ia akan membuat anda lebih lapar. Hanya minum air yang cukup untuk membuat anda berpuas hati.

9. Kurangkan pengambilan garam. Garam menyebabkan badan anda mengekalkan air yang menyebabkan anda kelihatan kembung-terutama di bahagian abdomen anda. Jika boleh, cuba menggantikan makanan yang tinggi garam dengan pilihan yang lebih sihat.

10. Tiada pengambilan alkohol. Satu botol arak sebenarnya mempunyai kira-kira 600 kalori di dalamnya! Dah tentu bagi yang beragama islam, ianya haram.

Wednesday, 19 June 2013

VIVIX - Terbaik untuk kesihatan selepas pembedahan dan kimoterapi

Hari ini saya nak bercerita tentang VIVIX Shaklee. Pernah dengar VIVIX tak sebelum ni? Saya pernah dengar orang panggil VIVIX ni minuman ajaib. Kenapa ajaib? Hmmmm.... jom baca kat bawah ni..... ;)

Apa itu VIVIX 
Vivix adalah satu produk baru keluaran Shaklee yang merupakan cecair ajaib yang dipanggil sebagai anti penuaan @ tonik awet muda gitu... dan turut memberi sokongan sebagai ANTIPENGOKSIDA... Antara kebaikan VIVIX adalah...


1. Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.


2. Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

3. Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Ini adalah antara kandungan yang terdapat dalam VIVIX:


Berikut adalah perbezaan antara VIVIX dengan Mona-Vie Active, XanGo Juice dan Tahitian Noni Juice. Cuba lihat dengan hanya 1 sudu teh (1 hidangan/hari), VIVIX mampu membekalkan kandungan ORAC* yang diperlukan oleh tubuh kita iaitu 3,000 - 5,000 Orac.

Manfaat Kelebihan VIVIX Shaklee:
1) membantu mengelakkan kanser
2) mengurang risiko penyakit jantung
3) meningkatkan kesihatan arthiritis dan menyokong sakit sendi
4) mengurangkan kompilasi kencing manis
5) bantu mengurangkan insiden bagi penyakit nanyuk
6) menggalakkan kehilangan berat badan
7) meningkatkan sistem imun
8) menyokong kesihatan mata
9) menggalakkan kesihatan keseluruhan
10) menggalakkan Penuaan yang sihat

Manfaat Resveratrol


"Terdapat 4 mekanisme yang membuktikan kebaikan VIVIX iaitu ia mengandungi Resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. VIVIX juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semulajadi, tanpa pewarna tiruanserta perasa tambahan. VIVIX mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)."



Bukan sahaja ia baik untuk kesihatan, tetapi ia juga adalah anti penuaan.


Siapa yang boleh mengambil VIVIX?
1) Pesakit diabetes
2) Arthiritis
3) Pesakit Gout
4) Pesakit kanser yang telah menjalani kimoterapi
5) Rabun mata 
6) Ibu bapa yang sibuk bekerja 
7) Atlit atau yang aktif sukan
8) Anti Penuaan
* tidak sesuai untuk ibu mengandung

Masih tidak percaya lagi dengan VIVIX? Jom kita lihat testimonial daripada pengguna VIVIX.

Testimoni 1




Konapo sey join Shaklee..


Pada tahun 2010 sey mongidap sakit pado tulang tongkok " Slip Disc" no. 4, 5 dan 6..buat rawatan kek hospital pakar dan membuek pombodahan abih RM17k..dan tahun 2011 sey sokali lagi buek pembedahan abih RM13k...macam-macam usoho sey buek dan macam-macam supplement sey ambik sobab nak copek elok..is3 sey bolikan produk Shaklee..maso tu sey tak tahu apo namonya..sey tolan yoo asal boleh sihat...

Alhamdulillah sejak sey makan Omega, AJHT dan VIVIX...koadaan sey kini bertambah sihat dan tak perlu buek rawatan susulan laie sojak 2 tahun nii..Join Shaklee tahun Fab 2012..dan kini berniaga secara "FULL TIME" sobab nak bantu orang lain..

~warehghimau~













Testimonial 2 



Testimonial 3



Hubungi saya untuk mendapatkan khasiat VIVIX



Tuesday, 18 June 2013

NutriFeron Shaklee : Penawar Kepada Kekurangan Sistem Imun Tubuh Anda

Tubuh manusia diciptakan sangat unik dan penuh misteri oleh Allah swt. Semua tahu bahawa tubuh kita ni terdiri daripada bahagian, sel-sel dan anggota-anggota yang mempunyai fungsi dan kelebihan sendiri. Bermula dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki. Semua ada fungsi tersendiri. Sangat menakjubkan ciptaan Allah swt.

Dengan fungsi dan kelebihan sedia ada, ia memiliki sistem pertahanannya yang tersendiri dan begitu lengkap. Bermula daripada luar badan hingga lah ke sel-sel mikro yang mengalir di dalam badan. Sistem pertahanan ini berfungsi untuk melindungi badan daripada anasir-anasir yang tidak sihat.

Jika kita lihat pada masa sekarang ini, perubahan cuaca dan pencemaran banyak telah menyumbang kepada kekurangan sistem pertahanan badan kita. Kita sendiri sering batuk, selsema dan demam. Belum dikira lagi dengan penyakit berjangkit yang merbahaya. 

Jika kita yang dewasa ini pon agak sukar melawan penyakit, apatah lagi anak kita yang masih kecil. Tubuh badan mereka masih membina sistem pertahanan atau sistem imun. Mereka mudah dijangkiti demam, selsema dan batuk. Tu belum lagi dengan penyakit merbahaya yang lain.

Untuk itu, Shaklee telah memperkenalkan satu suplemen yang dinamakan NutriFeron.


Apa itu NutriFeron?
Ia adalah satu suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun @ immune booster. Ia merupakan suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian yang saintifik yang ketat dari segi keselamatan, keberkesanan dan prestasi.


Fakta mengenai NutriFeron.

a) Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima pada tahun 1954. Ia merupakan 
    penemuan yang terhebat dalam bidang immunologi.

b) Dr. Kojima telah menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan 
    lebih daripada 200 herba lain.

Siapa yang memerlukan NutriFeron?
Boleh diambil oleh sesiapa sahaja dari kanak-kanak hingga orang dewasa yang menghadapi:
1) Masalah kerap atau sentiasa selsema, demam dan jatuh sakit melebihi seminggu.
2) Ibu menyusu yang mana anaknya kerap demam @ demam berpanjangan.
3) Sesiapa yang menghidap kanser. 
    a) Polisakarida yang terdapat dalam NutriFeron dapat  merangsang dan mengaktifkan 
       immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kaser.
    b) Polisakarida membantu mengurangkan ketidakselesaaan sewaktu kimoterapi.
4) Sesiapa yang ada alergi.
5) Sesiapa yang sering melancong ke luar negeri, yang kerap dikelilingi oleh orang ramai.
6) Penghidap penyakit Hepatitis B & C.
    - meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual dan muntah-muntah.
7) Hipertensi, kolesterol tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah berkaitan menopous.

Bagaimana ia bertindak?
Nutriferon bekerja dalam 2 cara:
a) mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dengan cepat
b) menggerakkan "pasukan cari dan musnah" dalam sistem imuniti badan

Pengalaman saya
Minggu lepas saya diserang selsema dan demam. Kebetulan ada training Shaklee. Saya berjaya menjawab quiz yang diberikan dan mendapat sepeket Nutriferon. Malam tu saya terus mencuba setelah mengetahui khasiatnya. Alhamdulillah dengan izin Allah swt, selsema saya tiada. Menakjubkan. Rasa seperti mengambil ubat di klinik.

Saya sangat syorkan ibu-ibu supaya menyimpan bekalan Nutriferon di rumah. Saya yang baru mencubanya telah mendapatkan bekalan Nutriferon ni sebab saya mudah diserang selsema dan demam. Terima kasih Shaklee. Alhamdulillah.






Tuesday, 11 June 2013

Tips Kurus Dengan Shaklee

Kurus atau mempunyai bentuk tubuh yang langsing dan menawan adalah idaman semua tak kira lelaki atau wanita. Untuk kelihatan cantik ramai yang sanggup berdiet. 

Kekadang tu disebabkan terlalu ingin cepat kurus, ramai yang telah tersalah diet. Disebabkan diet yang terlalu ketat, kekadang ia mengundang kepada kesan sampingan seperti masalah penghadaman dan anorexia. 

Tak salah nak kurus, tapi bagi saya buat la cara yang selamat. Di sini saya share tips yang saya telah baca dalam majalah kesihatan.

Tips-tips untuk kurus:

1) Kuantiti makanan yang sedikit
    Ambil makanan karbohidrat dalam kuantiti yang sedikit. Kalau boleh  
    banyakkan lauk dan sayur.


2) Kurangkan pengambilan gula
    Elakkan pengambilan makanan atau minum yang manis. Gula dapat 
    menambahkan kalori yang sedia ada. Bila kalori lebih, ia akan menyukarkan penurunan     berat badan.

3) Ambil Protein
    Amalkan pengambilan protein dari sumber seperti soya, ikan, ayam atau telur.    
    Elakkan protein yang boleh menambahkan lemak seperti daging lembu.

4) Minum air 3 liter sehari
     Pengambilan air 3 liter sehari dapat meningkatkan metabolisme badan. Ia sedikit  
    sebanyak dapat membuat kita rasa kenyang. Ya memang betul orang kata "asyik 
    nak ke toilet je". Tu bermakna badan kita dapat membuang toksin badan. Bagus kan 
    rasa kenyang sambil buang toksin.

5) Jangan biarkan perut berlapar
    Selalu orang berdiet ni takut dengan makanan... Ada yang sanggup berlapar dengan 
    harapan dapat kurangkan berat badan. Sebenarnya tidak. Ia hanya mengundang 
    kesan sampingan iaitu gastrik. So tk perlu berlapar cuma makan sikit tetapi kerap.

6) Tidur dengan cukup
    Kajian menunjukkan orang yang mempunyai tidur atau rehat yang mencukupi dapat 
    menghasilkan bentuk badan yang menarik. Ada kajian mengatakan jika tidak cukup 
    tidur akan membuatkan anda stress dan besar kemungkinan nafsu makan anda 
    bertambah.


Dengan Shaklee, anda boleh kurus dengan sihat, mudah selamat dan berkesan. Malah kepada ibu menyusu juga selamat untuk menurunkan berat badan.

Ada pelbagai option untuk menurunkan berat badan bersama Shaklee. Jom kita lihat apakah option nya:

a) Lecithin + Omega



b) Alfalfa + Herblax



c) ESP + Meal Shake + Cinch

Program Membakar Lemak
Lecithin-berasaskan soya, berupaya membakar lemak berlebihan dalam badan, juga meningkatkan daya ingatan seseorang
Omega Guard-minyak ikan terbaik, bakar lemak dengan lebih berkesan, kurangkan kolestrol dalam darah, dan bagus bagi mengelakkan strok dan serangan jantung.


Program Tambah Metabolisma Badan
Cinch Shake Mix-makanan gantian segera bagi yang sibuk, kaya serat, beri rasa kenyang lebih lama, lengkap vitamin dan mineral penting, mengurangkan pengambilan makanan karbohidrat, juga kekalkan tenaga dan kandungan gula dalam darah.
Cinch Energy Tea Mix-penggalak tenaga, membuatkan tubuh seperti sedang bersenam dan membakar kalori dengan lebih banyak.
Energizing Soy Protein (ESP)-index glisemik rendah, tahan kenyang, pembekal tenaga dan menurunkan paras kolestrol.


Program Detox
Herb Lax-mempercepat proses pembersihan lembut pada najis yang tersekat dan tersimpan lama dalam badan.
Alfalfa Complex-detox menyeluruh, pada hati, darah dan usus. Juga menyingkirkan kolestrol jahat.


Baiklah... Mesti ada yang takut bila kene ambil semua di atas. Tidak semestinya ambil semua yang di atas. Misalnya untuk ibu yang mengandung, hanya ambil ESP sahaja berbanding Cinch Shake-Mix. Terpulang kepada bajet masing-masing.

Dan tidak perlu berhabis habisan duit untuk kurus dengan cepat. Yang penting amalkan juga tips yang telah diberikan di atas.

Set kurus Shaklee ini akan berkesan sekiranya ia melibatkan aktiviti-aktiviti seperti jaga pemakanan dan senaman.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Selamat mencuba !!! :) 










Kelebihan MealShake

Mealshake semakin popular di kalangan ibu-ibu yang sayangkan anak- anak dan wanita yang ingin tampil cantik menawan. Kebaikan Mealshake memang sukar disangkal lagi. Tapi masih ada yang kurang yakin nak mencuba Mealshake nie.

Jadi saya nak kongsikan testimoni Mealshake, yang membuktikan Mealshake memang betul-betul berkesan.

Testimonial 1:
Pengalaman daripada Puan Zuraida.

Assalamualaikum,
nk kongsi something pasal mealshake ni. ni base on my experience. anak saya si raihana ni cerewet sikit bab makan ni. tk mkn nasi sehari pon dia ok...tapi ye la kan, sebagai ibu sapa yg tk risau. so mcm-mcm la belikan vitamin untuk dia. tp still gak selera makan tk naik...susu pon kurang minum.

sampai la satu hari kwn saya introduce mealshake ni pada saya. pada mula tk la pecaya sangat nk amik sgt mealshake...was was gak nk bagi...ye la kan...lain org lain seleranya. 

surf la di internet kebaikan mealshake ni...bila baca ramai ibu yg beri anak mereka minum mealshake ni yg penuh dengan kebaikan protein dan kalsium, saya pon mencuba la.

yessss....u know what??? anak saya dh minta nasi.... selera mkn nasi dia bertambah... alhamdulillah syukur rasa nya...gembira tgk anak saya dh nk mkn nasi... dan yg paling sy terkejut anak sy minta sayurrrr....selama ni mkn ayam goreng jer....

dan yg paling heppy anak saya dah tk sembelit lagi.... Alhamdulillah...penangan mealshake. terus saya syorkan pada adik saya suh dia bg kat anak dia.... sekarang saya tk perlu risau pasal pemakanan anak sy.... 

satu lagi...mealshake ni saya pon ambil... mmg puas ati la...saya amik pagi bancuh dengan nestum...masyallah...kenyang sampai tghari.... jadi saya amalkan untuk diet saya la.... sekurang kurang nya dpt turunkan berat badan. 

Thank you Shaklee !!!!

Testimonial 2: 
Pengalaman Puan Aida

Assalamualaikum,
Nak share dgn awak ni... Adam ari tu demam teruk... sebulan doktor suh ambil antibiotik... risau gak sb asik bergantung dgn ubat jer kan... lepas tu selera anak saya menurun. mkn nasi kurang, minum susu pon kurang... lagi la buat saya risau... saya pon cuba beri dia minum mealshake. selepas 2 minggu beri Adam minum mealshake, Adam dh bertenaga boleh berjalan dan minta makan... Alhamdulillah.... Allah telah beri jalan kepada saya untuk sihatkan Adam. Thank you Shaklee !!!!

Itu adalah pengalaman-pengalaman pengguna Mealshake.

Jom saya share apa itu Mealshake dan kelebihan nya.

Apa itu Meal Shake?
a) Merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic. Sangat enak dibancuh dengan mana-mana bijirin dan hidangan yang lain.

b) Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan. Ia juga kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar dengan kuat dan sihat.

c) Pilihan protein soya terbaik anda. Setiap bancuhan mengandungi 1/3 daripada US RDA dengan 19 vitamin / mineral yang diperlukan serta 3 gm serat.

Siapa memerlukan Meal Shake?
1) Sesuai untuk kanak-kanak yang kurang selera makan dan mengalami sembelit.
2) Sesuai untuk ibu-ibu mengandung, sedang menyusukan anak
3) Sesuai untuk pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
4) Sesuai untuk golongan yang ingin mencantikkan kulit.


Saya rasa anda tentu inginkan yang terbaik untuk anak-anak, suami dan orang yang tersayang kan. Tak mahal pon satu tin ni...Tak sampai RM 100. Satu tin boleh tahan selama 3 bulan untuk kanak-kanak berusia 7 tahun. Mari la kita menjaga kesihatan anak comel kita sebaik yang mungkin dengan memberi yang terbaik untuk mereka membesar dengan sihat. 

Bulan Jun 2013 ni Shaklee telah melancarkan promosi iaitu beli 6 percuma 1. Jadi bermakna harganya lebih istimewa dari biasa. Malah lebih murah daripada harga ahli. 

So, jom order sekarang sementara promosi masih ada. Hubungi saya di talian 012-5915234.



Monday, 10 June 2013

Shaklee tawar peluang pendapatan lumayan

Ye betul. Sudah terbukti ramai jutawan jutawan muda telah mendapat pendapatan yang sangat lumayan. Anda bila lagi????


Shaklee tawar peluang pendapatan lumayan


PETALING JAYA 7 Jun - Pengeluar produk kesihatan, penjagaan diri dan rumah, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia) merancang menawarkan lebih peluang perniagaan kepada masyarakat khususnya golongan ibu muda bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson (gambar) berkata, rancangan tersebut didorong oleh pencapaian cawangan syarikat itu di Malaysia yang telah mencatat prestasi amat menggalakkan sejak mula beroperasi pada 1995.

Katanya, pasaran produk kesihatan menjanjikan potensi yang besar memandangkan tahap kesedaran rakyat negara ini dalam peringkat yang amat memberangsangkan.

"Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, penyertaan masyarakat khususnya golongan ibu muda dalam perniagaan syarikat semakin menunjukkan peningkatan.

"Kami lihat ramai ibu muda suka melibatkan perniagaan sedemikian kerana ia mudah, dapat bekerja dari rumah dan secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan isi rumah sementara menjaga anak-anak mereka.

"Malah perniagaan ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada mereka tetapi kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan jantina.

"Saya berharap Shaklee dapat membantu meningkatkan kehidupan rakyat dengan membuka peluang kepada pencari kerja dan peniaga sepenuh masa atau sambilan yang berhasrat menambah pendapatan sedia ada termasuk golongan suri rumah, ibu tunggal dan warga emas," katanya dalam temu bual di sini semalam.
Turut hadir Pengurus Besar Serantau Asia Tenggara Shaklee Malaysia, Victor Lim.

Richardson berkata, dengan inisiatif demikian ia dapat menggalakkan lagi ibu muda supaya lebih menghargai nilai diri dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai perniagaan.
Tambah beliau, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dan mempelajari teknik dan kebolehan berniaga yang bermula dari bawah, seterusnya ke peringkat lebih tinggi dengan pelaburan modal sebanyak RM600 bagi memulakan perniagaan.

Mengulas mengenai kemajuan operasi Shaklee di Malaysia, Victor berkata, sejak penubuhan syarikatnya, pihaknya sudah mempunyai lebih 170,000 ahli termasuk pengedar dan ketua jurujual yang komited dalam penjualan produk.

Dalam perkembangan lain, Richardson berkata, Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013 akan diadakan di Sunway Resorts Hotel & Spa esok bagi memberi pengiktirafan kepada pengedar dan penjual produk Shaklee.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130608/dn_21/Shaklee-tawar-peluang-pendapatan-lumayan#ixzz2VsU1j6wI
© Utusan Melayu (M) Bhd